PENGENALAN
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bungalayu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah.Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaranakhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahlibotani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovaribunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ),brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitumajoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulutselepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.
BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiatyang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyainilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidakramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanyagolangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatanmoden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkansejak turun temurun.
Delima
Hilangkan Masalah Cacing Delima sejenis buah berasal dari kawasanMediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatipelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amatberkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasukcacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannindelima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, jugamengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium,vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kroniktermasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapakawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumuruntuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagipenyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapatbertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan
Kurma
Hindar Gangguan Usus Kurma adalah sejenis buah yang kaya denganzat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juganiasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segisaintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di manaketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalambijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Iamengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikantindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putihsecara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudiandibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarabjika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untukmengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindakmenghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuktujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.
Pisang
Merawat Kudis dan Luka Pisang atau nama saintifiknya Musasapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kayadengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforusdan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkanaktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkantenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yangmujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka,darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula bolehdirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang jugadigunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritisatau radang perut.
Mangga
Penawar Penyakit Hernia Mangga yang dikenali sebagai Mangiferaindica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agenpenghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh sertaberkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenispenyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluanmenjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan,boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yangkaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindakmelancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungangula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakitdiabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.
Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang Nanas sejenis buah tropika yangdikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluargaBromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya denganvitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baikuntuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dankulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Iamelancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalahpencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakanpenawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jusnanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas keranakandungan enzimnya yang tinggi.
Belimbing
Merawat Kencing Manis Belimbing salah satu jenis buahantropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jerukdan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapikedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa cramboladan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiatperubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darahdan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darahtinggi, gingivitis atau radang gusi Lemon
Berkesan Merawat Tonsilitis Tonsilitis atau penyakit radang tonsildibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokusIa dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminumatau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C sertazat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistempelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putihyang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lainmengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabutitu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelumdikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindakmembunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turutberkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea,sifilis dan klamidia .
Pala
Melegakan Kembung Perut, Pala sejenis buah tempatan yang bernilaitinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untukmembuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalahkembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga danlenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenalidengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untukmenghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitandengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinyapula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagaisalah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenispenyakit
Pinang
dengan Pelbagai khasiat Tumbuhan ini juga dikenali dengan namasaintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah danbiji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyahbersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tuasebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalahmulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang bolehmemudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yangboleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman duluuntuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulitseperti panau.
Pisang kaki
Turunkan Tekanan Darah Tinggi Pisang Kaki sejenis buah yangberkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin,bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkantekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darahkoronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah inidisebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidakmenyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisiranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yangterdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya danmengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.
Sengkuang Cina
Penawar Bronkitis Bronkitis ialah sejenis penyakit radangtenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit inimenyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalamdunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakanpenyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elokdimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal darikeluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C,kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisionalcina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tigabiji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengansedikit air dan madu.
Ciku
Penawar Buang Air Berdarah Tabiat mengabaikan pemakanan bolehmenimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit bolehterjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakanbuah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jikadibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang airberdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialahdengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buangair berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitudengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garamSeelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi Pelbagai Khasiat Tembikai –
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C,asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalahbermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgarisamat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakitkepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberitenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuhyang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit ataumenjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlakuakibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantumenyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksikdalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi denganmengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantumelancarkan pengaliran darah.
Avokado
Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung - Avokado dikenalisebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakanmakanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zatmakanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Iamengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldiumdan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokadomengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulangbergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan,pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyakilenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari bolehmenurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejeniskolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserangsakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.
Betik
Selesaikan Sembelit - Betik adalah daripada spesies Caricapapaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selainkaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelitDi Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknyaboleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakanuntuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialahdengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambilgetahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah
KESIMPULAN
Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikankepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggidalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yangterkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja pentinguntuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan denganmenggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkankesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetikyang dihasilkan di dalam makmal.
No comments:
Post a Comment